Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Berkas Penganggur Mewah Yang Mempunyai Banyak Rekod Lampau

Diterbitkan: 02 Oct 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Melaka berjaya menahan seorang penganggur yang mampu memakai sebuah kereta mewah jenis BMW 3 series yang didaftarkan atas namanya sendiri atas kesalahan memecah masuk sebuah kedai di Melaka.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-berkas-penganggur-mewah-yang-mempunyai-banyak-rekod-lampau
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:49 MYT

Polis Melaka berjaya menahan seorang penganggur yang mampu memakai sebuah kereta mewah jenis BMW 3 series yang didaftarkan atas namanya sendiri atas kesalahan memecah masuk sebuah kedai di Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, polis yang sudah mengintip perbuatannya sejak mendapat maklumat turut berjaya merampas semula barang kemas tiruan yang bernilai hampir RM1000.

Hasil semakan mendapati suspek turut memperolehi beberapa rekod lampau dalam kegiatan jenayah narkotik dan pecah rumah.

Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

Sumber: Kosmo
Polis Berkas Penganggur Mewah Yang Mempunyai Banyak Rekod Lampau

ArtikelDiterbitkan 02 Oct 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM