Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Marin Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih Rm269 000 D

Published: 17 Jun 2014 1.34 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
i Pasukan Polis Marin (PPM) di sini, merampas 15,030 bungkus rokok pelbagai jenama bernilai RM269,548 termasuk cukai, yang cuba diseludup ke daerah..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-rampas-rokok-seludup-bernilai-lebih-rm269-000-d
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:21 MYT
TAWAU, 14 Sept (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) di sini, merampas 15,030 bungkus rokok pelbagai jenama bernilai RM269,548 termasuk cukai, yang cuba diseludup ke daerah itu, Khamis.

Pegawai Pemerintah PPM Tawau ASP Mohamad Ismail berkata rokok berkenaan dirampas di kawasan pesisir pantai Batu Payung, Tinagat kira-kira pukul 7.30 malam.

"Bertindak atas maklumat orang awam, empat anggota PPM pergi ke kawasan pinggir pantai Batu Payung dan melihat beberapa lelaki berkelakuan mencurigakan. Apabila bot ronda PPM menghampiri lelaki itu dan memperkenalkan diri, kesemua suspek melarikan diri ke dalam semak," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Beliau berkata hasil pemeriksaan di kawasan berkenaan, anggota PPM menjumpai beberapa longgokan bungkusan beg plastik hitam mengandungi pelbagai jenama rokok termasuk Mighty (hijau), Mighty (merah) dan Texas (merah) dipercayai diseludup masuk dari negara jiran.

Mohamad, bagaimanapun berkata tiada suspek yang berjaya ditahan dalam kejadian berkenaan.
ArticlePublished 17 Jun 2014 1.34 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM