Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Jumpa Sembilan Motosikal Curi Di Bayan Lepas

Diterbitkan: 17 Jun 2014 1.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menemui sembilan motosikal curi selepas menyerbu sebuah pondok di Bukit Papan, Bayan Lepas dalam Ops Lejang petang Khamis..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-jumpa-sembilan-motosikal-curi-di-bayan-lepas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:38 MYT
GEORGE TOWN, 14 Sept 2012 -- Polis menemui sembilan motosikal curi selepas menyerbu sebuah pondok di Bukit Papan, Bayan Lepas dalam Ops Lejang petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Hatta Md Zin berkata hasil risikan dan maklumat awam, polis mendapati kesemua motosikal itu 'dibeli' beberapa lelaki warga Myanmar yang tinggal di pondok berkenaan.

"Kesemua warga Mynmar yang tinggal dalam pondok itu telah melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran polis," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Beliau berkata tujuh daripada motosikal itu berada dalam keadaan baik dan susulan penemuan itu polis percaya dapat menyelesaikan sembilan kes curi motosikal yang dilaporkan di Daerah Timur Laut, Barat Daya dan Seberang Perai Tengah sejak November 2007 hingga Disember 2012.

Hatta berkata polis masih mengesan kesemua warga asing terbabit dan siasatan awal mendapati mereka bekerja di ladang getah dan kebun sayur di sekitar Bukit Papan dan membeli motosikal itu dari sindiket curi motosikal dengan harga murah.
ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 1.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM