Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Marin Rampas Rokok Kontraband Pelbagai Jenis Bernilai Lebih Rm180 000

Diterbitkan: 20 Oct 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 berjaya merampas 21,400 paket rokok kontraband pelbagai jenis bernilai RM188,173.44 dalam satu operasi di Pantai Parit Semerah, Pontian awal pagi, tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-rampas-rokok-kontraband-pelbagai-jenis-bernilai-lebih-rm180-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:13 MYT
Johor Bharu, 20 Oktober- Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 berjaya merampas 21,400 paket rokok kontraband pelbagai jenis bernilai RM188,173.44 dalam satu operasi di Pantai Parit Semerah, Pontian awal pagi, tadi.

Komander PPM Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chang berkata, dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, pasukannya telah mengintip dan menyerbu sekumpulan individu yang sedang memunggah barang di tepi pantai dalam keadaan mencurigakan.

"Menyedari kehadiran kami (polis) kesemua individu terbabit melarikan diri ke dalam hutan paya bakau berhampiran," katanya.

Pemeriksaan lanjut mendapati beberapa guni dan kotak rokok yang diseludup masuk dari negara jiran dengan nilai taksiran keseluruhan rampasan bernilai lebih RM350,000, turut dirampas dua buah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan bot fibre glass.

Kesemua barang rampasan dibawa balik ke markas PPM Tampoi untuk disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967.
Polis Marin Rampas Rokok Kontraband Pelbagai Jenis Bernilai Lebih Rm180 000
ArtikelDiterbitkan 20 Oct 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM