Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Marin Rampas 5 Set Alat Perhubungan Serta Menahan Seorang Warga Asing

Diterbitkan: 24 Jul 2015 4.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Beliau berkata, pihaknya telah menahan lima buah bot kenka di kedudukan berhampiran dan pemeriksaan lanjut mendapati bot-bot berkenaan menggunakan alat perhubungan yang tidak dibenarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-rampas-5-set-alat-perhubungan-serta-menahan-seorang-warga-asing
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:50 MYT

Kuala Kurau, 23 Julai – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 menjalankan Op Gelora Khas Siri 1/2015 dan membawa kepada tangkapan seorang lelaki warga asing di sangkar ikan, dekat sini, malam tadi.

Komander PPM Wilayah 1, ACP Mohd Yusof Abdullah berkata, bertindak atas maklumat pasukannya menahan seorang lelaki warga asing berumur 23 tahun dan pemeriksaan lanjut mendapati lelaki tersebut tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959. 

Dalam operasi berasingan, lima buah set alat perhubungan jenama Eatel berjaya dirampas oleh polis marin Wilayah 1 dekat sini, petang semalam.

Beliau berkata, pihaknya telah menahan lima buah bot kenka di kedudukan berhampiran dan pemeriksaan lanjut mendapati bot-bot berkenaan menggunakan alat perhubungan yang tidak dibenarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Kelima-lima bot dibawa balik ke Pangkalan PPM Kuala Kurau untuk tindakan lanjut di bawah (Akta 588) Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998,” tambah beliau lagi.
Polis Marin Rampas 5 Set Alat Perhubungan Serta Menahan Seorang Warga Asing

ArtikelDiterbitkan 24 Jul 2015 4.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM