Lumut, 22 Julai- Sekumpulan kaki pancing yang sedang melalui detik cemas setelah enjin bot mereka gagal berfungsi diselamatkan Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh di perairan Pulau Sembilan di sini, petang semalam.
Komander PPM Wilayah 1, ACP Mohd Yusof Abdullah berkata, sejurus mendapat maklumat dari orang awam pihaknya telah bergegas ke lokasi kejadian dan menemui kesemua mangsa dalam keadaan selamat.
"Anggota teknikal kami yang turut sama dalam operasi berjaya membantu memulihkan semula enjin bot yang digunakan mereka untuk ditunda ke kampung berdekatan," jelas beliau.
Kesemua mangsa yang diselamatkan melahirkan penghargaan di atas kecekapan pantas PPM membantu mereka daripada dihanyutkan arus laut yang kuat.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Ppm Selamatkan Kaki Pancing Hanyut
Sekumpulan kaki pancing yang sedang melalui detik cemas setelah enjin bot mereka gagal berfungsi diselamatkan Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh di perairan Pulau Sembilan di sini, petang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-selamatkan-kaki-pancing-hanyut
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.