Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Marin Pelabuhan Klang Rampas Syabu Bernilai Hampir Rm1

Published: 17 Jun 2014 1.19 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Marin Pelabuhan Klang berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah ke Indonesia apabila merampas 7.5 kilogram syabu bernilai hampir RM1 juta di Kuala Sungai Klang, dekat sini awal pagi Selasa...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-pelabuhan-klang-rampas-syabu-bernilai-hampir-rm1
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:19 MYT
PULAU INDAH, 14 Ogos (Bernama) -- Polis Marin Pelabuhan Klang berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah ke Indonesia apabila merampas 7.5 kilogram syabu bernilai hampir RM1 juta di Kuala Sungai Klang, dekat sini awal pagi Selasa.

Pegawai Pemerintah Polis Marin DSP Norzaid Muhammad Said berkata hasil risikan, bot peronda polis Marin menahan sebuah bot tukaran barang yang dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Tanjung Balai, Indonesia kira-kira 6.30 pagi.

"Kita mendapat maklumat ada bot dari Indonesia yang datang ke sini dan tidak membawa apa-apa barangan...bila bot itu berlabuh ke jeti ada kereta yang menghantar barangan ke bot terbabit dalam keadaan mencurigakan.

"Susulan daripada itu, sepasukan polis marin yang diketuai Insp Mohd Ruzuan Ahmad kemudian bertindak menahan bot terbabit di Kuala Sungai Klang," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan ke atas bot itu, polis menemui empat bungkusan plastik berwarna merah jambu mengandungi bahan disyaki syabu, yang disorokkan dalam bilik enjin dipercayai cuba diseludup keluar dari Malaysia.
ArticlePublished 17 Jun 2014 1.19 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM