Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Geng Man Toliap Tumpas

Diterbitkan: 17 Jun 2014 1.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sebanyak 10 kes pecah rumah di kawasan Kulim, Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah berjaya diselesaikan berikutan penangkapan 2 wanita dan 5 lelaki oleh sepasukan anggota polis dari Cawang..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-man-toliap-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:09 MYT
GENG MAN TOLIAP TUMPAS

Sebanyak 10 kes pecah rumah di kawasan Kulim, Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah berjaya diselesaikan berikutan penangkapan 2 wanita dan 5 lelaki oleh sepasukan anggota polis dari Cawangan Jenayah IPD Kulim. Kumpulan yang dikenali sebagai "Geng Man Toliap" melakukan pecah rumah dengan mengumpil tingkap cermin atau masuk melalui bumbung rumah.

Pihak Polis turut merampas pelbagai peralatan pecah rumah dan barang curi termasuk pemotong besi, jet pembuka tayer, gergaji besi, wang kertas, telefon bimbit, DVD player, komputer riba, jam tangan, kamera, cincin emas dan perak serta resit jualan emas.

Geng Man Toliap Tumpas
YDH Supt. Hj Ghuzlan bin Hj. Saleh, Ketua Polis Daerah Kulim(dua dari kiri) memberikan penerangan kes "Man Toliap" kepada para wartawan.  

Geng Man Toliap Tumpas
Barang kes motorsikal yang dijumpai.

Geng Man Toliap Tumpas
ASP Tharmalingam(KBSJD Kulim), DSP Chin Su Song(T/KPD Kulim), Supt. Hj. Ghuzlan b. Hj. Saleh(KPD Kulim) dan Insp. Nor Faizal(IO Jenayah)

Geng Man Toliap Tumpas
Peralatan barang kes.
ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 1.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM