Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Marin Patahkan Cubaan Seludup Rakyat Iraq

Published: 17 Jun 2014 2.54 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Semasa bot itu dihampiri, dua tekong warga Indonesia bertindak pantas dengan terjun ke laut untuk meloloskan diri tetapi seorang daripada mereka berusia 42 tahun berjaya ditahan,' katanya dalam kenya..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-patahkan-cubaan-seludup-rakyat-iraq
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 00:47 MYT

Polis Marin Patahkan Cubaan Seludup Rakyat Iraq

Shah Alam, 13 April - Pasukan Gerakan Marin (PGM) Pelabuhan Klang mematahkan cubaan menyeludup keluar 17 rakyat Iraq apabila menahan dua bot pancung di Sungai Chondong Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang semalam.

Mereka yang terdiri daripada 12 lelaki, seorang wanita dan empat kanak-kanak berusia sembilan hingga 50 tahun itu memasuki negara ini secara sah sebulan lepas dan dipercayai ingin ke negara ketiga melalui Indonesia.

Malaysia dijadikan sebagai negara transit, kata Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM DSP Norzaid Muhammad Said.

Beliau berkata pasukan polis marin yang sedang menjalankan Ops Pensura dengan maklumat risikan yang diperolehi menahan dua bot tidak bernombor itu pada pukul 9.30 malam.

"Semasa bot itu dihampiri, dua tekong warga Indonesia bertindak pantas dengan terjun ke laut untuk meloloskan diri tetapi seorang daripada mereka berusia 42 tahun berjaya ditahan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan awal, polis percaya rakyat asing itu membayar antara RM700 hingga RM900 seorang kepada sindiket penyeludupan manusia itu.

Kesemua yang ditahan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran (Pindaan 2010) itu dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PGM di Pelabuhan Klang untuk siasatan lanjut, katanya.

BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 2.54 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM