Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Marin Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Pati Ke Tawau

Diterbitkan: 25 Nov 2015 8.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tawau, 25 Nov- Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau, mematahkan cubaan membawa masuk 11 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke daerah ini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-gagalkan-cubaan-bawa-masuk-pati-ke-tawau
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:30 MYT

Tawau, 25 Nov- Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau, mematahkan cubaan membawa masuk 11 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke daerah ini, semalam.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Mohamad Madun berkata kesemua PATI terbabit ditahan selepas bot jongkong yang dinaiki mereka dipintas oleh anggota PPM yang melakukan rondaan di sekitar Sungai Sinosolan, dekat sini kira-kira pukul 12.45 tengah hari Selasa.

"Setelah memperkenalkan diri dan melakukan pemeriksaan terhadap bot jongkong itu, pasukan peronda mendapati sembilan lelaki, termasuk tekong bot berkenaan dan dua wanita berusia antara tiga hingga 40 tahun di atas bot itu tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut, katanya.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 25 Nov 2015 8.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM