Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pemandu Lori Curi Permainan Lego Bernilai Rm22 575 Diberkas

Diterbitkan: 25 Nov 2015 7.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Nusajaya, 25 Nov- Seorang pemandu lori yang mencuri barang permainan Lego bernilai RM22,575 di bilik pameran dalam Hotel Legoland di sini diberkas polis baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pemandu-lori-curi-permainan-lego-bernilai-rm22-575-diberkas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:20 MYT

Nusajaya, 25 Nov- Seorang pemandu lori yang mencuri barang permainan Lego bernilai RM22,575 di bilik pameran dalam Hotel Legoland di sini diberkas polis baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nusajaya Deputi Supt Ismail Dollah berkata lelaki berumur 37 tahun itu ditahan di rumahnya di perkampungan Jementah, Segamat pada pukul 2.15 pagi Isnin lepas.

"Setelah menerima laporan, polis berjaya memberkas suspek dalam masa kurang daripada 24 jam," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya di sini hari ini.

Menurut Ismail, suspek terlebih dahulu telah menginap selama satu malam di hotel berkenaan dan bertindak mencuri barang permainan itu selepas mendaftar keluar.

"Modus operandi yang digunakan suspek ialah mencuri barang permainan Lego yang dipamerkan dengan memasukkan kesemua permainan dalam beg besar sebelum keluar daripada hotel itu," kata beliau.

Katanya pihak polis turut menemui semula barangan curi antaranya Lego Dragon, Lego Monkey, Lego Monkey Head, Throw Pillow Pirate dan Bed Runner King.

Selain itu, hasil ujian air kencing mendapati suspek turut positif dadah jenis Amphetamine (AMP) namun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Suspek direman selama tiga hari sejak semalam untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (Curi dalam bangunan) dan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan juga boleh didenda atau sebat.

Katanya kes curi Lego merupakan pertama kali seumpamanya dan pihaknya memandang serius kes tersebut kerana boleh mencemarkan imej industri pelancongan di negeri ini.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 25 Nov 2015 7.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM