Polis Marin Gagal Cubaan Seludup Diesel
Kuantan,
7 April - Pasukan Polis Marin Wilayah 3 (PPM) Kuantan awal pagi tadi
berjaya memberkas dua suspek cuba melakukan penyelewengan minyak
bersubsidi dengan menggunakan sebuah lori.
Bertindak
atas maklumat, Operasi Landai diketuai ASP Khairuddin Jamal bersama
empat anggota melakukan intipan ke atas sebuah lori yang sedang mengisi
minyak di jalan pantai Beserah seterusnya melakukan aktiviti pembelian
minyak di lima lagi stesyen minyak di sepanjang jalan Kuantan Gambang.
Apabila
menyedari diekori, suspek cuba melarikan diri dengan berpatah balik ke
jalan pintasan Kuantan namun gagal. Dua suspek, lelaki india tempatan,
49 dan 18 tahun berjaya ditahan berdekatan Taman Seri murni, Sg Isap.
Pemeriksaan
mendapati lori enam tan yang dipandu suspek membawa anggaran 9 ribu
liter minyak diesel bernilai RM 18,000.00 yang dimuatkan di dalam 10
buah tong di bahagian kargo lori. Nilai rampasan termasuk lori
dianggarkan berjumlah RM 88,000.00
kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki minyak diesel untuk tujuan melakukan kesalahan.




Sumber : Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Kuantan