Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Marin Gagal Cubaan Seludup Diesel

Published: 19 Jun 2014 3.39 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuantan, 7 April - Pasukan Polis Marin Wilayah 3 (PPM) Kuantan awal pagi tadi berjaya memberkas dua suspek cuba melakukan penyelewengan minyak bersubsidi dengan menggunakan sebuah lori...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-gagal-cubaan-seludup-diesel
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:23 MYT

Kuantan, 7 April - Pasukan Polis Marin Wilayah 3 (PPM) Kuantan awal pagi tadi berjaya memberkas dua suspek cuba melakukan penyelewengan minyak bersubsidi dengan menggunakan sebuah lori.

Bertindak atas maklumat, Operasi Landai diketuai ASP Khairuddin Jamal bersama empat anggota melakukan intipan ke atas sebuah lori yang sedang mengisi minyak di jalan pantai Beserah seterusnya melakukan aktiviti pembelian minyak di lima lagi stesyen minyak di sepanjang jalan Kuantan Gambang.

Apabila menyedari diekori, suspek cuba melarikan diri dengan berpatah balik ke jalan pintasan Kuantan namun gagal. Dua suspek, lelaki india tempatan, 49 dan 18 tahun berjaya ditahan berdekatan Taman Seri murni, Sg Isap.

Pemeriksaan mendapati lori enam tan yang dipandu suspek membawa anggaran 9 ribu liter minyak diesel bernilai RM 18,000.00 yang dimuatkan di dalam 10 buah tong di bahagian kargo lori. Nilai rampasan termasuk lori dianggarkan berjumlah RM 88,000.00

kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki minyak diesel untuk tujuan melakukan kesalahan.

Polis Marin Gagal Cubaan Seludup Diesel
Polis Marin Gagal Cubaan Seludup Diesel
Polis Marin Gagal Cubaan Seludup Diesel
Polis Marin Gagal Cubaan Seludup Diesel

Sumber : Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Kuantan

ArticlePublished 19 Jun 2014 3.39 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM