Polis Marin Dan Polair Tingkat Kerjasama Cegah Penyeludupan Di Sempadan Negara
Tawau,
23 Nov - Pasukan Gerakan Marin dan Polis Air (Polair)Indonesia akan
terus mempertingkatkan kerjasama bagi membanteras kegiatan penyeludupan
dadah dan manusia di sempadan perairan kedua-dua negara.
Komander
Polis Marin Wilayah 4 Sabah ACP Mohammad Madun berkata antara kerjasama
yang akan jalankan ialah daripada segi meningkatkan pertukaran
maklumat.
"Untuk
membanteras aktiviti penyeludupan dadah dan manusia adalah sukar dan
mendatangkan banyak cabaran kepada kami. Oleh itu kami perlu
mempertingkatkan kerjasama bagi menjalankan tugas dan operasi di kawasan
sempadan perairan kedua-dua negara," katanya.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan
pihak Polair di kapal peronda di sempadan Pulau Sebatik dan Nunukan
dekat sini, semalam.
Pihak
Polair diketuai Pengarah Polair Kalimantan Timur Komisaris Besar Polisi
Bastumy Sanap. Turut hadir pada pertemuan itu ialah Ketua Polis Daerah
Tawau ACP Awang Besar Dullah dan beberapa pegawai kanan polis.
Sementara
itu Bastumy berkata dengan kerjasama pihak berkuasa Malaysia, pihaknya
telah beberapa kali mematahkan cubaan menyeludup dan mengedar dadah di
sekitar kawasan sempadan kedua-dua negara.
"Kami
tidak akan berkompromi dengan anasir pemusnah masyarakat dan negara itu
kerana dadah merupakan musuh utama di mana-mana negara di dunia ini,"
katanya.
Beliau
berkata selain itu pihaknya juga akan berkerjasama dengan pihak
berkuasa di Malaysia bagi memantau penyeludupan barang larangan lain
seperti minuman keras.
Sumber : BERNAMA