Artikel
Polis Lumpuh Sindiket Dadah Rm11 Juta
Kesemua tangkapan ini juga membawa kepada kejayaan pihak polis dalam merampas 36 kilogram (kg) cecair syabu, 36 kg syabu, 4.16 kg heroin, 6,109 biji pil eramin...
Kuala Lumpur, 12 Sept – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, JSJN IPK Johor dan Central Narcotics Bureau (CNB) Singapura telah melancarkan ‘Op Bawal Tambak’ dalam usaha mengekang aktiviti sindiket memproses dan mengedar dadah yang bergiat aktif di sekitar Segamat, Johor pada 5 September lalu.
Pihak polis telah menjalankan beberapa siri tangkapan sekitar Johor di mana 10 individu yang ditahan merupakan lapan orang lelaki dan seorang wanita tempatan serta seorang lelaki warganegara India.
Kesemua tangkapan ini juga membawa kepada kejayaan pihak polis dalam merampas 36 kilogram (kg) cecair syabu, 36 kg syabu, 4.16 kg heroin, 6,109 biji pil eramin 5, 5 biji pil ekstasi, dan sepucuk pistol berserta kelopak dan tujuh butir peluru hidup.
Pihak polis juga berjaya membongkar sebuah stor penyimpanan dadah dan sebuah makmal memproses dadah dalam satu lokasi serbuan.
Jumlah dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM11 juta dan pihak polis turut merampas sejumlah besar wang tunai, 17 buah kenderaan pelbagai jenis serta barang-barang kemas milik kesemua suspek.
Kesemua suspek, dua daripadanya yang mempunyai rekod jenayah lampau kini direman untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1960.