Artikel
Polis Lumpuh Sindiket Aktif Curi Kenderaan Proton Dan Perodu
polis juga yakin 10 kes kecurian dilaporkan pada tempoh yang sama akan diselesaikan dalam masa terdekat berikutan penemuan enjin-enjin di bengkel yang sama tet...
Ketua Polis Miri ACP Mun Kok Keong berkata ketiga-tiga suspek yang berumur 29 hingga 55 tahun ditahan pada 7 dan 8 Sept lalu dengan salah seorang suspek ialah pemilik sebuah bengkel membaiki kenderaan yang terletak di Lorong 6 Krokop.
"Polis berjaya selesaikan tujuh kes curi kenderaan antara Februari hingga September tahun ini selepas penemuan enjin di bengkel itu," katanya di sini pada Isnin.
Mun berkata polis juga yakin 10 kes kecurian dilaporkan pada tempoh yang sama akan diselesaikan dalam masa terdekat berikutan penemuan enjin-enjin di bengkel yang sama tetapi nombor enjin tersebut dikikis oleh suspek untuk mengelak dicam polis.
"Forensik polis sedang dalam proses untuk mengesan kembali nombor enjin berkenaan dan kita yakin jika berjaya dikesan, 10 kes diselesaikan," katanya.