Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Sarawak Rampas Dadah Bernilai Rm1 5 Juta Dalam Tempoh

Diterbitkan: 17 Jun 2014 1.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Sarawak berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.5 juta dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-sarawak-rampas-dadah-bernilai-rm1-5-juta-dalam-tempoh
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:24 MYT
KUCHING, 10 Sept (Bernama) -- Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Sarawak berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.5 juta dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Ketuanya Supt Moses Agat berkata dadah jenis ganja mencatatkan rampasan terbesar bernilai kira-kira RM1 juta, diikuti syabu bernilai hampir RM300,000 selain Eramin dan Ecstacy masing-masing bernilai kira-kira RM82,000.

"Dalam tempoh sembilan bulan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Sarawak mencatatkan 25 kes mengikut Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952 membabitkan 36 tangkapan," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Sementara itu dalam kes terbaru, beliau berkata pasukannya berjaya menahan empat suspek berusia lingkungan 19 hingga 25 tahun dipercayai penagih dan pengedar dadah dalam dua serbuan berasingan di Petra Jaya dan Kota Samarahan di sini pada malam 7 Sept lalu.

Katanya hasil serbuan pertama di Petra Jaya membabitkan suspek berusia 19 tahun, anggota pasukan itu menemui 44 paket kecil berisi daun kering disyaki ganja seberat 410.52 gram.

Semua suspek ditahan reman 14 hari untuk siasatan lanjut.
ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 1.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM