Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Lumpuh Sindiket Aktif Curi Kenderaan Proton Dan Perodu

Published: 17 Jun 2014 1.33 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
polis juga yakin 10 kes kecurian dilaporkan pada tempoh yang sama akan diselesaikan dalam masa terdekat berikutan penemuan enjin-enjin di bengkel yang sama tetapi nombor enjin tersebut dikikis oleh su..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-lumpuh-sindiket-aktif-curi-kenderaan-proton-dan-perodu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:53 MYT
MIRI, 10 Sept (Bernama) -- Satu sindiket yang akfif mencuri kenderaan Proton dan Perodua di bandar raya Miri sepanjang Februari hingga September tahun ini berjaya dilumpuhkan polis dengan penahanan tiga lelaki rakyat tempatan, minggu lepas.

Ketua Polis Miri ACP Mun Kok Keong berkata ketiga-tiga suspek yang berumur 29 hingga 55 tahun ditahan pada 7 dan 8 Sept lalu dengan salah seorang suspek ialah pemilik sebuah bengkel membaiki kenderaan yang terletak di Lorong 6 Krokop.

"Polis berjaya selesaikan tujuh kes curi kenderaan antara Februari hingga September tahun ini selepas penemuan enjin di bengkel itu," katanya di sini pada Isnin.

Mun berkata polis juga yakin 10 kes kecurian dilaporkan pada tempoh yang sama akan diselesaikan dalam masa terdekat berikutan penemuan enjin-enjin di bengkel yang sama tetapi nombor enjin tersebut dikikis oleh suspek untuk mengelak dicam polis.

"Forensik polis sedang dalam proses untuk mengesan kembali nombor enjin berkenaan dan kita yakin jika berjaya dikesan, 10 kes diselesaikan," katanya.
ArticlePublished 17 Jun 2014 1.33 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM