Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Lumpuh Sindiket Ah Long

Published: 13 Jun 2014 6.36 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis melumpuhkan satu sindiket ah long dengan tertangkapnya kesemua empat anggota sindiket itu berhampiran sebuah restoran di Pandan Perdana, Ampang. polis juga merampas lapan telefon bimbit, wang tu..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-lumpuh-sindiket-ah-long
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:59 MYT

KUALA LUMPUR 26 Mei 2010 - Polis melumpuhkan satu sindiket ah long dengan tertangkapnya kesemua empat anggota sindiket itu berhampiran sebuah restoran di Pandan Perdana, Ampang di sini pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hassan berkata, tangkapan kira-kira 10 pagi itu dibuat ketika mereka, yang berusia antara 24 dan 29 tahun itu, dalam perjalanan untuk menemui mangsa mereka.

"Tangkapan dibuat hasil laporan polis oleh seorang mangsa pada 20 Mei lepas yang mendakwa diugut selain dikenakan faedah pinjaman yang tinggi.

"Kesemua suspek itu ditahan di dalam sebuah kereta Toyota Vios berwarna perak di tepi jalan ketika dalam perjalanan untuk berjumpa dengan peminjam yang gagal membayar pinjaman mereka,” katanya pada sidang berita di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis juga merampas lapan telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM1,424, empat bekas lutsinar berisi kad perniagaan dan 237 gulung kain rentang iklan pelbagai warna, satu buku cek bank serta tujuh keping kad mesin teller automatik (ATM) milik mangsa-mangsa sindiket itu selain kereta Toyota Vios berkenaan.

Abdul Jalil berkata, hasil siasatan ke atas kesemua suspek mendapati dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau termasuk mencederakan orang dengan menggunakan senjata. - Bernama

ArticlePublished 13 Jun 2014 6.36 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM