Cubaan Seludup Rokok Keretek Tumpas
LUMUT,
25 Mei 2010 -- Pasukan Gerakan Marin (PGM) di sini berjaya mematahkan
percubaan menyeludup masuk 839 karton rokok keretek dipercayai dari
sebuah negara jiran untuk dipasarkan di sini, awal pagi Selasa.
Pegawai
Pemerintahan Markas Operasi PGM Perak, DSP Shaari Ariffin berkata
rampasan berkenaan dibuat dalam 'Ops Cegah Jenayah Octupus' yang
dilakukan di sekitar daerah ini.
Katanya,
lima anggota PGM sedang bertugas telah terserempak dengan sebuah van
putih dalam kedaan mencurigakan di Ulu Kayan, Lekir yang sedang keluar
dari lorong di tepi sungai tersebut kira-kira 3.30 pagi.
Beliau
berkata ketika dihampiri, pemandu van terbabit melarikan diri dan
selepas diperiksa, anggota PGM mendapati ada 10 karung guni berisi rokok
keretek 839 karton rokok iaitu 80 karton rokok Gudang Garam Nusantara
(Menthol Mild), 480 karton rokok Gudang Garam Nusantara Merah dan 270
karton rokok Gudang Garam Signature.
Nilai
rampasan tidak termasuk duti import dianggarkan sebanyak RM17,040.88
termasuk van serta rokok dan ia merupakan kes pertama bagi tahun ini.
Katanya,
PGM akan mengenal pasti pemilik kenderaan berkenaan untuk membantu
siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen (1)(e) Akta Kastam 1967
iaitu membawa barang belum lulus cukai kastam