Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Lawas Tangkap Guru Edar Dadah

Published: 05 Nov 2016 3.44 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis Lawas menangkap seorang guru sekolah menengah yang disyaki mengedar dadah jenis syabu pada 5.50 petang semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-lawas-tangkap-guru-edar-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:19 MYT
Miri, 5 November 2016 - Polis Lawas menangkap seorang guru sekolah menengah yang disyaki mengedar dadah jenis syabu pada 5.50 petang semalam.

Ketua polis Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata guru lelaki berumur 33 tahun itu ditangkap bersama-sama seorang lelaki berusia 36 tahun ketika mereka berada di dalam sebuah kereta di Jalan Merapok, Lawas.

"Berdasarkan siasatan kami, dadah itu tidak dijual kepada pelajar di sekolah tempat suspek mengajar," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sebaliknya, kata beliau, dadah berkenaan adalah untuk dijual di daerah tanah tinggi Long Bawan, Indonesia.

"Kami telah mengesan dan memantau pergerakan mereka selama kira-kira empat bulan," katanya.

Beliau berkata kedua-dua suspek yang berasal dari Kampung Punang, Berayong
Lawas itu juga didapati positif ampethamine.

"Ketika polis menangkap mereka, satu paket syabu seberat 27.7 gram, yang dianggarkan bernilai RM4,000, didapati tersembunyi di dalam tempat letak tangan
kenderaan berkenaan," katanya.

Sementara itu, Kesatuan Guru-guru Sarawak (STU), kesatuan guru terbesar di negeri ini, menyuarakan rasa terkejut tentang penangkapan guru berkenaan kerana ia boleh mencemarkan nama baik profesioan perguruan.

Presiden STU Jisin Nyud berkata kesatuan itu sedia bekerjasama dengan polis
dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk memerangi masalah dadah. - BERNAMA
ArticlePublished 05 Nov 2016 3.44 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM