Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mekanik Ditahan Polis Di Jinjang Dadah Dan Senjata Dirampas

Diterbitkan: 05 Nov 2016 2.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Seorang mekanik bertindak memecut kenderaan pelanggannya sejauh kira-kira satu kilometer dan cuba melanggar anggota polis dalam usahanya melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Jinjang Utara pagi ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mekanik-ditahan-polis-di-jinjang-dadah-dan-senjata-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:46 MYT
Kuala Lumpur, 5 November 2016 - Seorang mekanik bertindak memecut kenderaan pelanggannya sejauh kira-kira satu kilometer dan cuba melanggar anggota polis dalam usahanya melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Jinjang Utara pagi ini. 

Tindakannya itu memaksa anggota polis melepaskan tembakan bagi menangkapnya.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata kira-kira 11.15 pagi tadi, anggota polis yang membuat rondaan cegah jenayah telah menahan sebuah kenderaan Toyota Alphard di Rumah Panjang Kawasan A Jinjang Utara bagi tujuan pemeriksaan.

Bagaimanapun, katanya, pemandu kenderaan, seorang lelaki berusia 40 tahun
bertindak melarikan diri hingga ke Jalan Jinjang Utara.

"Suspek kemudiannya memberhentikan kereta sebelum mengundurkan kenderaan
terbabit untuk melanggar anggota polis. Anggota polis melepaskan tiga das tembakan amaran ke arah bumper kereta dipandu suspek.

"Suspek akhirnya berjaya ditahan," kata Munusamy dalam kenyataan hari ini.  

"Hasil pemeriksaan di dalam kereta terbabit milik pelanggan suspek, polis menemui senjata tajam iaitu sebilah pedang samurai, sebilah parang, 10 biji pil eramin 5, dan sepaket syabu," katanya. 

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan terhadap suspek berkenaan
pemilikan senjata dan dadah yang dirampas. 

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA 
ArtikelDiterbitkan 05 Nov 2016 2.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM