Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Kunak Tahan Budak Lelaki Diperguna Sindiket Dadah

Diterbitkan: 25 Dec 2016 3.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Seorang budak lelaki disyaki dipergunakan sindiket dadah untuk menjual bahan terlarang itu ditahan dalam serbuan polis di sebuah rumah di Kampung Jaya Baru, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kunak-tahan-budak-lelaki-diperguna-sindiket-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:21 MYT
Kunak, 25 Disember 2016 - Seorang budak lelaki disyaki dipergunakan sindiket dadah untuk menjual bahan terlarang itu ditahan dalam serbuan polis di sebuah rumah di Kampung Jaya Baru, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kunak Supt Mohd Nasaruddin M Nasir berkata budak berumur 12 tahun itu didapati sedang duduk di sofa sambil memegang sebuah beg kecil mengandungi enam paket plastik lutsinar disyaki syabu seberat 7 gram.

"Turut dijumpai dalam milikan suspek wang tunai RM10 sebanyak tiga keping, RM5 (tiga keping) serta RM1 (15 keping bejumlah RM60) disyaki hasil daripada jualan (paket kecil) dadah tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Nasaruddin berkata suspek dipercayai telah melakukan kegiatan itu untuk pasaran tempatan, hampir setahun.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 25 Dec 2016 3.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM