Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Empat Remaja Geng Curi Motosikal Ditahan

Diterbitkan: 24 Dec 2016 10.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
mpat remaja lelaki dipercayai anggota geng curi motosikal yang aktif di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini, ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Pengkalan Tambang, Permatang Pasir semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-remaja-geng-curi-motosikal-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:28 MYT
Bukit Mertajam, 24 Disember 2016 - Empat remaja lelaki dipercayai anggota geng curi motosikal yang aktif di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini, ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Pengkalan Tambang, Permatang Pasir semalam.

Ketua Polis Daerah SPT, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata polis menyerbu rumah itu pada 1 pagi Jumaat dan menahan empat remaja berusia 14 hingga 17 tahun.

"Hasil pemeriksaan awal polis menemui sebuah motosikal yang nombor pendaftarannya tidak lengkap dan siasatan juga mendapati tiada sebarang cetakan pada nombor enjin kenderaan itu," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata polis percaya empat remaja termasuk dua yang masih bersekolah itu terlibat dalam aktiviti mencuri motosikal di sekitar daerah berkenaan sejak beberapa bulan lepas.
Katanya mereka mencuri motosikal sebelum meleraikan komponennya dan menjual
kepada pembeli dan ada juga motosikal yang dicuri serta terus dijual kepada rakan mereka berdasarkan permintaan.

Nik Ros Azhan berkata polis percaya mereka menjadikan kawasan belakang rumah
itu sebagai setor menyimpan motosikal dan komponen yang dileraikan.

"Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan beberapa lagi rakan mereka serta pembeli bagi membantu siasatan," katanya.

Katanya polis juga percaya kumpulan itu terlibat dengan lebih 15 kes curi motosikal di sekitar daerah SPT dan tidak menolak kemungkinan mereka turut terlibat aktiviti jenayah di daerah Seberang Perai Utara.

Beliau berkata empat remaja itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. - BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 24 Dec 2016 10.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM