Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Kuching Tahan Lima Lelaki Curi Kabel

Diterbitkan: 17 Jun 2014 2.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sementara itu, ACP Rozlan Bek berkata daerah Kuching mencatatkan penurunan kadar jenayah sebanyak 11.1 peratus kepada 543 kes tempoh dua bulan pertama tahun ini...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kuching-tahan-lima-lelaki-curi-kabel
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:44 MYT

Kuching, 27 Feb : Polis Kuching menahan lima lelaki yang dipercayai mencuri kabel milik Telekom Malaysia Berhad di Batu 23, Jalan Kuching-Serian dekat sini, menerusi operasi bersepadu pada Ahad lepas. Ketua Polis Daerah Kuching ACP Rozlan Bek berkata suspek yang berusia antara 27 dan 37 tahun itu diberkas di Taman Duranda Emas, Kampung Sinjok dekat sini. Kehilangan kabel sepanjang 80 meter bernilai RM800 itu disedari seorang juruteknik Telekom ketika mahu membaiki kerosakan pada talian telefon di situ, 2 Jan lepas, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya polis kemudian menubuhkan pasukan petugas khas meliputi anggota dan pegawai polis dari Balai Polis Siburan, Beratok dan Tapah bagi menjejaki suspek. Menurutnya pasukan itu berjaya mengesan suspek hasil risikan serta maklumat awam dan polis percaya suspek turut terlibat dalam kejadian pecah rumah berdasarkan penemuan pelbagai peralatan dalam sebuah kereta milik seorang suspek.

Sementara itu, ACP Rozlan Bek berkata daerah Kuching mencatatkan penurunan kadar jenayah sebanyak 11.1 peratus kepada 543 kes tempoh dua bulan pertama tahun ini.

"Bagaimanapun kami mendapati indeks jenayah bagi kecurian kenderaan meningkat dan baru-baru ini melibatkan tempat seperti stesen minyak," katanya. Menurutnya untuk tempoh Januari dan Februari, sebanyak 24 kes kecurian kenderaan dilapor di Kuching iaitu meningkat 110 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
-BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 2.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM