Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Kota Kinabalu Tahan 44 Pati Dalam Op Bersepadu

Diterbitkan: 06 Aug 2015 2.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seramai 44 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina ditahan daripada 113 individu yang diperiksa polis di lima lokasi berasingan dalam Op Bersepadu di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kota-kinabalu-tahan-44-pati-dalam-op-bersepadu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:34 MYT

Kota Kinabalu, 2 Ogos - Seramai 44 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina ditahan daripada 113 individu yang diperiksa polis di lima lokasi berasingan dalam Op Bersepadu di sini, semalam.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M.Chandra berkata operasi itu dijalankan di sekitar Inanam, Sulaman dan Sepanggar selama sembilan jam berakhir 9 pagi ini.

"Polis turut menahan enam individu termasuk seorang wanita kerana kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Chandra berkata kesemua mereka ditahan dan didokumentasi sebelum dihantar ke Lokap Berpusat Kontinjen Sabah di Kepayan untuk siasatan lanjut.

Operasi itu diketuai 11 pegawai dan 149 anggota daripada pelbagai agens termasuk Jabatan Imigresen, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Jabatan Pendaftaran Negara, katanya.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 06 Aug 2015 2.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM