Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Kontinjen Perlis Terima 14 Kereta Peronda Dan Lapan Motosikal Baharu

Diterbitkan: 20 Nov 2015 7.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kangar, 20 Nov- Polis Kontinjen (IPK) Perlis menerima 14 kereta peronda baharu jenis Proton Inspira 2.0A dan lapan motosikal Honda CBR 250R untuk Unit Rondaan Bermotosikal (URB).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kontinjen-perlis-terima-14-kereta-peronda-dan-lapan-motosikal-baharu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:26 MYT

Kangar, 20 Nov- Polis Kontinjen (IPK) Perlis menerima 14 kereta peronda baharu jenis Proton Inspira 2.0A dan lapan motosikal Honda CBR 250R untuk Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

Ketua Polis Perlis, SAC Shafie Ismail berkata kereta berkenaan bagi menggantikan kereta peronda lama akan diagihkan kepada Ibu Pejabat Daerah Kangar, Padang Besar dan Arau manakala motosikal adalah tambahan untuk URB Balai Polis Beseri.

"Saya berharap kenderaan-kenderaan baharu ini akan meningkatkan keberkesanan anggota-anggota kami memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

Pencegahan jenayah bagaimanapun lebih berkesan apabila masyarakat bersama-sama membantu polis," katanya selepas melancarkan kereta dan motosikal baharu itu di perkarangan IPK Perlis di sini, hari ini.

Dalam hubungan itu Shafie meminta masyarakat meningkatkan tahap keselamatan dan penjagaan harta benda masing-masing bagi menutup ruang kepada penjenayah mengambil kesempatan daripada kelalaian mereka.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 20 Nov 2015 7.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM