Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Anggota Keselamatan Di Sidang Kemuncak Asean Ditambah Kepada 7 000 Orang

Diterbitkan: 20 Nov 2015 8.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 20 Nov- Jumlah anggota keselamatan yang ditugaskan sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan ditingkatkan kepada 7,000 orang daripada 4,000 yang terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/anggota-keselamatan-di-sidang-kemuncak-asean-ditambah-kepada-7-000-orang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:00 MYT

Kuala Lumpur, 20 Nov- Jumlah anggota keselamatan yang ditugaskan sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan ditingkatkan kepada 7,000 orang daripada 4,000 yang terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim berkata penambahan anggota itu dibuat setelah mengambil kira perkembangan keselamatan kebelakangan ini.

"Kita sentiasa mengambil kira segala aspek dalam memelihara keamanan dan menjaga keselamatan sepanjang berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN," katanya kepada pemberita ketika meninjuan Pusat Media di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Muhammad Fuad berkata selain ditempatkan di KLCC, anggota keselamatan juga ditempatkan di hotel penginapan para perwakilan, pusat beli-belah dan kawasan tumpuan orang ramai seperti terminal bas.

"Kita ada menyiapkan anggota tambahan yang sedia dikerah bila-bila masa dalam apa jua keadaan sekiranya diperlukan," katanya sambil menambah tahap kesiapsiagaan setiap anggota berada dalam keadaan yang sangat baik.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 20 Nov 2015 8.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM