Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Kl Tangani Salah Guna Rangkaian Media Sosial

Published: 15 Aug 2014 1.28 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sebanyak 121 laporan polis diterima berhubung dakwaan penyalahgunaan rangkaian media sosial untuk membangkitkan provokasi berbaur antaranya perkauman, agama dan institusi raja, sejak awal tahun ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kl-tangani-salah-guna-rangkaian-media-sosial
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:26 MYT
Kuala Lumpur, 14 Ogos - Sebanyak 121 laporan polis diterima berhubung dakwaan penyalahgunaan rangkaian media sosial untuk membangkitkan provokasi berbaur antaranya perkauman, agama dan institusi raja, sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata ia menjurus kepada pembukaan 30 kertas siasatan.

Sehubungan itu, beliau berkata polis akan bekerjasama dengan 10 agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Jabatan Perpaduan Negara dan Jabatan Penerangan untuk menangani masalah itu.

"Ia bagi mengurangkan insiden penyalahgunaan media sosial terutama dalam kalangan generasi muda," katanya pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat berkaitan penyalahgunaan media sosial bersama wakil agensi-agensi berkenaan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) di sini hari ini.

Tajuddin berkata satu pelan tindakan akan dirangka secara bersama ke arah membantu usaha menjaga hubungan antara kaum, agama dan institusi raja di negara ini, sekali gus memastikan ketenteraman awam terus terpelihara.

Tajuddin berkata pihaknya juga merancang menjalankan program kesedaran bersama agensi berkaitan dan bertemu dengan kumpulan sasar melalui program di universiti, kompleks beli-belah dan lokasi lain.

Beliau berkata, adalah diharap program yang dilaksanakan bersama dengan 10 agensi itu dapat membantu mengurangkan penyalahgunaan media sosial yang boleh menggugat ketenteraman awam.

"Saya lihat masalah penyalahgunaan media sosial di negara semakin serius terutama dari segi keselamatan dan ketenteraman jika tidak dibendung," katanya. - BERNAMA
ArticlePublished 15 Aug 2014 1.28 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM