Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pga Sarawak Rampas 1 500 Liter Diesel Bersubsidi

Diterbitkan: 15 Aug 2014 1.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak berjaya merampas 1,500 liter diesel bersubsidi dari sebuah bot yang sedang berlabuh di sebuah jeti di Sungai Ngiyu di sini semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pga-sarawak-rampas-1-500-liter-diesel-bersubsidi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 02:50 MYT
Bintulu, 14 Ogos - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak berjaya merampas 1,500 liter diesel bersubsidi dari sebuah bot yang sedang berlabuh di sebuah jeti di Sungai Ngiyu di sini semalam.

Pegawai Risikan PGA Briged Sarawak, Inspektor Mohamad Dzakariya Abdul Kader berkata dalam serbuan pukul 2.20 petang itu, pihaknya menemukan bekalan diesel bernilai RM30,000 itu dalam tangki yang diubah suai dalam bot berkenaan.

Seorang pekerja bot berkenaan ditahan serta bot bernilai kira-kira RM120,000 turut dirampas bagi membantu siasatan, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya semua hasil rampasan itu diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk tindakan lanjut.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 15 Aug 2014 1.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM