Polis
Selangor memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak menyebar khabar
angin dan maklumat palsu menerusi media sosial berhubung insiden
pergaduhan di daerah Klang Utara di sini.
Pemangku Ketua Polis
Selangor Datuk A.Thaiveegan berkata pergaduhan yang berlaku pada 10
Julai dan awal pagi ini bukan disebabkan rusuhan kaum sebaliknya
berpunca daripada salah faham dan rasa tidak puas hati individu
terlibat.
Menurut
beliau, pihak yang didapati menyebarkan maklumat palsu melalui SMS dan
Facebook akan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM). Pesalah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233
(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber: Sinar Harian
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Polis Kesan Penyebar Info Palsu
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A.Thaiveegan berkata pergaduhan yang berlaku pada 10 Julai dan awal pagi ini bukan disebabkan rusuhan kaum sebaliknya berpunca daripada salah faham dan rasa tidak p..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kesan-penyebar-info-palsu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.