Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Berjaya Berkas Ahli Geng Hilux

Diterbitkan: 17 Jun 2014 7.34 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.44 PM
15 Julai 2013 – Tindakan pantas Polis Perak mengadakan sekatan jalanraya sejurus menerima laporan rompak bersenjata di Kampar membawa kejayaan apabila berjaya memberkas seorang ahli Geng Hilux...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-berjaya-berkas-ahli-geng-hilux
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:09 MYT

15 Julai 2013 – Tindakan pantas Polis Perak mengadakan sekatan jalanraya sejurus menerima laporan rompak bersenjata di Kampar membawa kejayaan apabila berjaya memberkas seorang ahli Geng Hilux.

Dalam Sidang Media yang diadakan jam 2.30 petang di IPK Perak, YDH Timbalan Ketua Polis Perak SAC Dato' Paramasivam A/L Arunasalam memaklumkan pihak polis menerima dua laporan polis semalam berkaitan dengan dua kejadian rompak bersenjata dan Polis Perak terus menggerakkan anggota di seluruh Perak bagi menjejak tiga lelaki India yang melarikan diri dengan menaiki Proton Perdana dan Toyota Hilux.

Dalam kejadian pertama di pada 14 Julai 2013 jam l/kurang 8.30 malam, (3) lelaki India memakai ski mask bersenjatakan parang dan sepucuk pistol telah memecah masuk ke sebuah rumah di Jalan Bendi, Taman Sejahtera, Kampar yang dihuni oleh (1) lelaki Melayu bersama isteri dan dua anaknya. Saspek telah merampas telefon bimbit dan dompet mangsa serta cuba mengambil kunci m/kar Hilux milik mangsa. Mangsa telah bertindak mengambil sebilah parang dan telah berlaku pergelutan, saspek telah melepaskan satu das tembakan yang terkena di perut depan mangsa dan juga mengenai peha kanan anak lelaki mangsa berumur 13 tahun. Ketiga-tiga suspek kemudiannya melarikan diri dengan menaiki kereta Perdana warna gelap.

Ketiga-tiga suspek yang sama kemudiannya menuju ke Jalan Kampar pada jam lebih kurang 9 malam dan menyerang mangsa lain iaitu (1) lelaki Cina yang berada di dalam m/kar Hilux di kilang besi milik mangsa di Jalan Kampar, Langkap. (2) lelaki India bersenjatakan parang dan bertopeng keluar dari m/karnya dan terus meletakkan parang di leher mangsa dan merampas harta mangsa. Dua suspek kemudiannya melarikan Hilux milik mangsa dan seorang lagi suspek melarikan diri dengan Proton Perdana.

Pada jam lebih kurang 11.30 malam, pasukan polis yang sedang melakukan sekatan jalan raya menyedari sebuah Proton Perdana yang disyaki dinaiki suspek membuat pusingan U dan lari dari sekatan. Pasukan Polis kemudiannya mengejar suspek sehingga suspek terbabas di tepi Jalan Langkap-Kampar. Tangkapan telah dibuat keatas saspek 1(L)(India) berusia 33 tahun bersama barang-barang rompakan yang telah diambil di rumah mangsa pertama di Jalan Bendi, Taman Sejahtera.

Polis kini sedang giat menjejak dua lagi suspek yang masih bebas. Kes disiasat di bawah Sek 3 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 yang jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman mati.

Polis Berjaya Berkas Ahli Geng Hilux
Polis Berjaya Berkas Ahli Geng Hilux

Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 7.34 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.44 PM