Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Kerian Rampas 40 Paket Air Ketum

Published: 05 Aug 2016 9.33 AM Updated: 15 Aug 2026 7.25 PM
Bagan Serai, 5 Ogos 2016 - Polis Derah Kerian merampas 40 paket dan sebotol air ketum seberat 17.5 liter yang dianggarkan bernilai RM200 dalam serbuan di sebuah rumah di Parit Haji Amin, Kuala Kurau dekat sini Isnin lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kerian-rampas-40-paket-air-ketum
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:33 MYT

Bagan Serai, 5 Ogos 2016 - Polis Derah Kerian merampas 40 paket dan sebotol air ketum seberat 17.5 liter yang dianggarkan bernilai RM200 dalam serbuan di sebuah rumah di Parit Haji Amin, Kuala Kurau dekat sini Isnin lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah DSP Mohd Radzuan Bachik berkata dalam serbuan pada 5 petang itu dua lelaki berumur 24 dan 39 tahun yang bekerja kampung ditahan ketika sedang membungkus air ketum.

Katanya siasatan mendapati suspek memperoleh bekalan daun ketum daripada penduduk tempatan pada harga RM30 sekilogram sebelum diproses dan dijual kepada penduduk sekitar Kuala Kurau.

"Sekilogram daun ketum boleh menghasilkan antara 30 hingga 40 paket air ketum yang kemudiannya dijual RM5 bagi satu paket," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di sini hari ini.

Mohd Radzuan berkata kedua-dua suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah didapati melakukan kegiatan memproses air ketum sejak empat bulan lalu dan akan dibebaskan dengan ikat jamin hari ini.

Katanya kes itu disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana memiliki bahan-bahan beracun yang boleh dijatuhi hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam perkembangan lain, Mohd Radzuan berkata pihaknya menahan dua lelaki masing-masing berumur 35 dan 44 tahun dipercayai pengedar dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Selinsing, Simpang Empat Semanggol, Selasa lalu.

Katanya dalam serbuan itu polis merampas 44 paket dadah heroin seberat 117 gram dan lima paket lut sinar serta satu tiub straw disyaki dadah Syabu seberat lebih 3 gram bernilai RM1,600.

Kedua-dua suspek direman seminggu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana mengedar dadah dan Seksyen 12(2) ADB kerana memiliki dadah.- BERNAMA

ArticlePublished 05 Aug 2016 9.33 AMUpdated 15 Aug 2026 7.25 PM