Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Outing Uskpn 2016 Erat Ukuwah Kekeluargaan

Diterbitkan: 06 Aug 2016 12.42 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.25 PM
Port Dickson, 6 Ogos 2016 - Lebih kurang 200 warga bersama ahli keluarga Urus Setia Ketua Polis Negara (USKPN) mengeratkan ukhuwah sambil melepaskan lelah kerjaya dalam Program Hari Keluarga anjuran USKPN Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Embok Village Steamboat & Seafood Port Dickson, Negeri Sembilan, di sini hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/outing-uskpn-2016-erat-ukuwah-kekeluargaan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:08 MYT

Port Dickson, 6 Ogos 2016 - Lebih kurang 200 warga  bersama ahli keluarga Urus Setia Ketua Polis Negara (USKPN) mengeratkan ukhuwah sambil melepaskan lelah kerjaya dalam Program Hari Keluarga anjuran USKPN Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Embok Village Steamboat & Seafood Port Dickson, Negeri Sembilan, di sini hari ini.

Program seawal 8.00 pagi itu dimulakan dengan acara senamrobik zumba  dengan penyertaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar bersama warga USKPN..

Kemeriahan diteruskan dengan susun atur acara sukaneka antaranya Tarik Tali secara kalah mati, Junjung Nyiru, 'Limbo Rock' remaja, Baling Tin dan Jambatan Belon Air Berpasangan.

Kanak-kanak turut tidak ketinggalan dalam sukaneka seperti Binaan Lego dan 3D 'Puzzle'.

Turut memeriahkan program ialah Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato' Imran Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim bersama isteri, Puan Sri Datin Sri Shahriza Saad dan Setiausaha Ketua Polis Negara, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

IMG_2658
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar menghadiri sepanjang program majlis 'outing' berlangsung..

_MG_2627
Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato' Imran Ibrahim juga turut memeriahkan hari keluarga Urus Setia KPN...

IMG_3061
Sekitar acara tarik tali berlangsung...

IMG_2992
Ketua Polis Negara sendiri, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar bersam isteri, Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato' Imran Ibrahim memeriahkan majlis hari keluarga Urus Setia KPN..

IMG_2789
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim juga turut memeriahkan majlis...

IMG_2957
Sekitar acara baling tin berlangsung...

IMG_2726
Sekitar acara tarian zumba berlangsung...

IMG_3158
Sekitar penyampaian hadiah berlangsung...

IMG_3183
Sekitar penyampaian cabutan bertuah berlangsung...

IMG_3228
Sekitar penyampaian hadiah berlangsung...

ArtikelDiterbitkan 06 Aug 2016 12.42 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.25 PM