Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Keluar 155 Saman Motosikal Pelbagai Kesalahan

Diterbitkan: 15 Apr 2015 10.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Shah Alam, 15 April - Sebanyak 155 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan terhadap penunggang motosikal dalam Ops Roda yang dijalankan di Plaza Tol Batu 3, Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-keluar-155-saman-motosikal-pelbagai-kesalahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:23 MYT


Shah Alam, 15 April - Sebanyak 155 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan terhadap penunggang motosikal dalam Ops Roda yang dijalankan di Plaza Tol Batu 3, Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur hari ini.

Pegawai Penguatkuasa Trafik Lebuh Raya (Zon Tengah 1) Bukit Aman, ASP Rahmat Abdul Manap berkata sebanyak 387 motosikal diperiksa dan 11 daripadanya disita kerana pelbagai kesalahan dalam operasi hampir tiga jam bermula 10 pagi itu.

"Jenis kesalahan antaranya cukai jalan tamat tempoh, tiada lesen memandu, tiada cermin sisi dan menunggang tidak mengikut lorong motosikal. Setiap kesalahan didenda RM300 tanpa mengira kesalahan ringan atau berat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata daripada 155 saman itu 19 saman dikeluarkan ke atas penunggang motosikal yang tidak menggunakan laluan khas kenderaan termasuk penunggang motosikal berkuasa tinggi.

Seorang lelaki warga Indonesia berumur 32 tahun katanya, turut ditahan kerana disyaki pendatang asing tanpa izin dan menunggang motosikal tanpa dokumen sah.

Operasi berkenaan digerakkan secara besar-besaran bermula 12 Februari lepas susulan Op Selamat sempena perayaan Tahun Baru Cina 2015.

BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 15 Apr 2015 10.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM