Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Kelantan Tumpas Sindiket Judi Dalam Talian

Published: 19 Jun 2014 4.06 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Baharu, 24 April - Polis Kelantan menumpaskan sindiket perjudian dalam talian dipercayai didalangi seorang pengurus pusat siber di Jalan Kuala Krai di sini, malam tadi, dengan jumlah keseluruhan ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kelantan-tumpas-sindiket-judi-dalam-talian
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:48 MYT
Kota Baharu, 24 April - Polis Kelantan menumpaskan sindiket perjudian dalam talian dipercayai didalangi seorang pengurus pusat siber di Jalan Kuala Krai di sini, malam tadi, dengan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM100,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata serbuan di pusat siber itu dilakukan hasil maklumat orang ramai dan risikan yang dilakukan pihak polis.

"Sindiket ini berselindung di sebalik operasi pusat siber yang dijalankan sejak setahun yang lepas. Semasa serbuan dibuat terdapat empat lelaki yang bekerja sebagai pembantu di premis itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Lai berkata dalam serbuan itu pihaknya merampas 24 set komputer dan satu set komputer kawalan utama yang turut memaparkan permainan yang disyaki berunsur perjudian.

"Kita turut merampas sebuah monitor kamera litar tertutup (CCTV), enam kamera CCTV, lima set modem wi-fi, 34 kerusi, enam bangku panjang, 14 meja dan satu unit papan tanda LED," katanya.

Katanya kes itu merupakan yang pertama berlaku di Kota Baharu dan pihak polis sedang mempergiat usaha untuk membanteras kegiatan berkenaan.

Kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

Sumber :
BERNAMA
ArticlePublished 19 Jun 2014 4.06 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM