Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Kelantan Tahan Lapan Suspek Rampas Dua Pucuk Pistol D

Published: 18 Jun 2014 5.49 AM Updated: 15 Aug 2026 7.39 PM
Polis menahan lapan orang termasuk seorang wanita warga Indonesia dan merampas dua pucuk pistol dan 11 butir peluru dalam Ops Cantas Khas di Tumpat, semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kelantan-tahan-lapan-suspek-rampas-dua-pucuk-pistol-d
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:25 MYT

Polis menahan lapan orang termasuk seorang wanita warga Indonesia dan merampas dua pucuk pistol dan 11 butir peluru dalam Ops Cantas Khas di Tumpat, semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat telah mengekori sebuah kereta dinaiki lima suspek dalam keadaan mencurigakan dan menahan kereta itu di sekatan jalan raya di Kampung Neting, Tumpat, pada kira-kira 9.15 malam.

Beliau berkata daripada pemeriksaan awal di dalam kereta berkenaan, polis menemui sebilah parang yang disembunyikan di bawah tempat duduk pemandu. Pemeriksaan lanjut menemui satu tin biskut yang disembunyikan di dalam sebuah longkang di kawasan semak berhampiran rumah berkenaan dan di dalam tin tersebut terdapat sepucuk pistol jenis "kuba", sepucuk pistol tanpa model bersama kelopak peluru dan 11 butir peluru hidup, katanya.

Kesemua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. Katanya semua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Sementara itu, Jalaluddin berkata maklumat daripada orang awam merupakan langkah paling penting dan berkesan untuk membanteras penyeludupan senjata api di sempadan.

Polis Kelantan Tahan Lapan Suspek Rampas Dua Pucuk Pistol D
Polis Kelantan Tahan Lapan Suspek Rampas Dua Pucuk Pistol D
Sumber : Bernama Online
Foto : HEA Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat

ArticlePublished 18 Jun 2014 5.49 AMUpdated 15 Aug 2026 7.39 PM