Indeks Jenayah P Pinang Turun Dua Peratus Bagi Tempoh Jan No
George
Town, 21 Nov - Indeks jenayah Pulau Pinang menunjukkan penurunan dua
peratus bagi tempoh Januari hingga November tahun ini berbanding tempoh
sama pada 2012.
Ketua
Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata daerah yang
menunjukkan penurunan ialah Timur Laut, Barat Daya serta Seberang Perai
Selatan iaitu masing-masing susut 12.5 peratus, empat peratus dan satu
peratus.
Bagaimanapun,
daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah menunjukkan
peningkatan iaitu sebanyak lima peratus dan tiga peratus, katanya kepada
pemberita di sini hari ini.
Abdul Rahim berkata jenayah kekerasan meningkat 15 peratus manakala jenayah harta benda mencatat penurunan sebanyak 13 peratus.
Beliau
berkata polis Pulau Pinang yakin dapat mencapai petunjuk prestasi utama
(KPI) sebanyak lima peratus seperti ditetapkan Polis Diraja Malaysia
menjelang akhir tahun ini berikutan usaha dan penglibatan semua pihak
termasuk media, masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Mengulas
Ops Cantas, Abdul Rahim berkata sebanyak 1,467 tangkapan direkod
sepanjang operasi yang bermula 17 Ogos lepas dan berakhir semalam.
Katanya,
sebanyak 11 pucuk pistol, sebutir bom, enam senjata api palsu, 24
kereta, dua lori dan 40 motosikal dirampas sepanjang tempoh itu.
Sumber : BERNAMA