Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Kelantan Rampas Syabu Bernilai Rm1 35 Juta

Published: 18 Jun 2014 3.31 AM Updated: 15 Aug 2026 7.39 PM
Kota Bharu, 10 Nov - Polis Kelantan merampas syabu seberat 5.4 kilogram bernilai RM1.35 juta, yang terbesar di negeri ini tahun ini, selepas menahan seorang 'keldai dadah' wanita warga Vietnam di Lapa..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kelantan-rampas-syabu-bernilai-rm1-35-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:03 MYT

Kota Bharu, 10 Nov - Polis Kelantan merampas syabu seberat 5.4 kilogram bernilai RM1.35 juta, yang terbesar di negeri ini tahun ini, selepas menahan seorang 'keldai dadah' wanita warga Vietnam di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata dalam kejadian 12.25 tengah hari itu, suspek 48 tahun itu ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan selepas tiba dari New Delhi, India.

"Dia dilihat dalam keadaan mencurigakan. Hasil pemeriksaan terhadap beg suspek, polis menemui 54 keping kain renda dan apabila dibuka kepingan kain itu, kita menemui serbuk berwarna putih seperti garam yang disyaki dadah jenis syabu," katanya pada sidang media di IPK Kelantan di sini hari ini.

Jalaluddin berkata 100 gram syabu disembunyikan dalam setiap keping kain renda itu dan setiap 5 gram dadah itu dijual dengan harga RM1,800 di pasaran gelap.

Beliau tidak menolak kegiatan penyeludupan itu dilakukan sindiket dadah antarabangsa yang menyasarkan negara ini sebagai lokasi menjual dadah.

"Sindiket dadah itu juga mengkaji kelemahan-kelemahan yang ada di setiap lapangan terbang di seluruh dunia sebelum menyeludup dadah masuk ke sesebuah negara.

"Oleh itu, di bawah Ops Cantas Khas Dadah, kita akan mempertingkat kawalan ke atas semua pintu masuk dan sempadan bagi mengekang kemasukan barang terlarang ke dalam negara ini," katanya.

Jalaluddin berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 3.31 AMUpdated 15 Aug 2026 7.39 PM