Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Kelantan Rampas Mercun Lebih Rm300 000 Sejak Awal Rama

Diterbitkan: 17 Jun 2014 1.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis merampas pelbagai jenis mercun bernilai lebih RM300,000 dan menahan 64 orang yang terlibat dengan kegiatan menjual dan mengedar bahan letupan itu di Kelantan sejak awal Ramadan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kelantan-rampas-mercun-lebih-rm300-000-sejak-awal-rama
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:24 MYT
KOTA BAHARU, 15 Ogos (Bernama) -- Polis merampas pelbagai jenis mercun bernilai lebih RM300,000 dan menahan 64 orang yang terlibat dengan kegiatan menjual dan mengedar bahan letupan itu di Kelantan sejak awal Ramadan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Lai Yong Heng berkata rampasan dan tangkapan itu melibatkan 138 serbuan.

Kebanyakan mereka yang ditangkap terdiri daripada peniaga manakala ramai yang bermain dengan bahan letupan itu melarikan diri sebaik mengetahui kehadiran polis, katanya kepada Bernama di sini, pada Rabu.

Lai berkata mereka yang melakukan kesalahan berkaitan boleh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dan Kakisan 1957 yang membawa denda sehingga RM10,000 atau penjara tujuh tahun atau kedua-duanya.

Polis akan terus membuat pemantauan bagi mengesan peniaga yang menjual bahan letupan tersebut sempena musim perayaan ini, katanya.
ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 1.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM