Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Kelantan Rampas Mercun Dan Bunga Api Bernilai Rm27 750

Published: 05 Jul 2016 8.54 AM Updated: 15 Aug 2026 7.23 PM
Pasir Puteh, 5 Julai 2017 - Polis Kelantan merampas mercun dan bunga api bernilai RM27,750 dalam tempoh sejak awal bulan lepas hingga semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kelantan-rampas-mercun-dan-bunga-api-bernilai-rm27-750
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:44 MYT
Pasir Puteh, 5 Julai 2017 - Polis Kelantan merampas mercun dan bunga api bernilai RM27,750 dalam tempoh sejak awal bulan lepas hingga semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata 23 orang yang ada kaitan dengan rampasan mercun dan bunga api itu telah didakwa di mahkamah manakala 14
kes masih dalam siasatan.

"Polis memandang serius penyalahgunaan bahan larangan itu kerana ia membawa
kecederaan parah terutama kepada remaja," katanya kepada pemberita selepas
Majlis Ihya Ramadan dan Berbuka Puasa di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh di
sini, malam tadi.

Mazlan berkata mercun dan bunga api itu dipercayai diseludup dari negara
jiran untuk dipasarkan secara haram di negeri ini bagi memeriahkan Hari Raya
yang akan disambut esok.

Beliau berkata kes rampasan itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1952.- BERNAMA
ArticlePublished 05 Jul 2016 8.54 AMUpdated 15 Aug 2026 7.23 PM