Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kes Samun Jpj Kl Anggota Wanita Rela Ditahan

Diterbitkan: 05 Jul 2016 11.55 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.23 PM
Kuala Lumpur, 5 Julai 2016 - Seorang anggota wanita Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ditahan bagi membantu siasatan kes samun RM754,000 di kaunter pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, semalam
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kes-samun-jpj-kl-anggota-wanita-rela-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:42 MYT
Kuala Lumpur, 5 Julai 2016 - Seorang anggota wanita Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ditahan bagi membantu siasatan kes samun RM754,000 di kaunter pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa berkata wanita berusia 41 tahun yang bertugas di pejabat JPJ di Jalan Genting Kelang di sini ditahan reman selama dua hari bermula hari ini.

Wanita, yang bekerja selama tiga tahun di pejabat itu, ditahan selepas memberi keterangan di Balai Polis Setapak di sini, malam tadi, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Dalam kejadian 5.40 petang semalam, dua lelaki bersenjatakan parang melarikan wang tunai kira-kira RM754,000 dari pejabat JPJ berkenaan.

Kedua-dua suspek bertopi keledar masuk ke pejabat berkenaan menggunakan pintu belakang sebelum bertindak merampas wang tunai di kaunter bilik Unit Hasil.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 05 Jul 2016 11.55 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.23 PM