Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Kelantan Kenal Pasti Suspek Tembak Guru

Published: 17 Jun 2014 6.56 AM Updated: 15 Aug 2026 7.45 PM
Dalam kejadian pada 12.15 tengah hari semalam, seorang guru di sebuah sekolah rendah di Tumpat cedera ditembak di bahagian leher. Guru yang berasal dari Kampung Tualang, Pasir Mas itu kini dirawat di ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kelantan-kenal-pasti-suspek-tembak-guru
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:44 MYT

Kota Baharu, 5 Julai - Polis telah mengenalpasti seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian tembakan membabitkan seorang guru di Kubang Panjang, Pasir Mas, semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata lelaki itu juga disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah dan dikenali oleh mangsa.

Beliau memberitahu perkara itu kepad pemberita ketika ditemui selepas majlis sambutan Kor Kadet Polis Ke-43 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 12.15 tengah hari semalam, seorang guru di sebuah sekolah rendah di Tumpat cedera ditembak di bahagian leher. Guru yang berasal dari Kampung Tualang, Pasir Mas itu kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan keadaannya dilapor stabil.

Jalaluddin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 6.56 AMUpdated 15 Aug 2026 7.45 PM