Polis Lancar Operasi Besar Besaran Basmi Masalah Penagihan D
Kuala Lumpur, 5 Julai - Polis akan melancarkan operasi besar-besaran untuk membasmi dan mengatasi masalah penagihan dadah di seluruh negara terutama di sekitar Lembah Klang.
Ketua
Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata operasi bagi membasmi
masalah narkotik itu yang akan dipertingkat dan diperluaskan bukan sahaja menahan pengedar dadah malah penagih dadah.
"Seperti
yang disebut Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi),
kita akan lancarkan operasi bagi menangani masalah dadah ini di seluruh
negara terutama di sekitar Lembah Klang.
"Sebenarnya,
operasi membasmi masalah dadah ini kita tidak pernah berhenti, cuma
kita akan pertingkatkan lagi," katanya kepada pemberita selepas menutup
pertandingan boling Piala Ketua Polis Negara di sini hari ini.
Beliau
mengulas mengenai cadangan Ahmad Zahid yang menyarankan supaya
Kementerian Dalam Negeri menubuhkan sebuah pasukan khas bagi membanteras
jenayah dadah.
Khalid
berkata pihaknya akan melihat dan mengkaji permasalahan dadah di negara
ini yang turut disifatkan sebagai satu ancaman yang perlu dipantau
secara serius.
Katanya
polis akan melipat-gandakan usaha itu termasuk meminta bantuan daripada
jabatan lain di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.
Sementara
itu, Khalid berkata polis telah bersiap-sedia untuk menghadapi pilihan
raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut selepas tarikh
penamaan calon dan hari pengundian diumum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
hari ini.
"Saya
menyeru mana-mana parti yang bertanding supaya mematuhi peraturan
pilihan raya. Sekiranya terdapat masalah, datanglah berjumpa dengan
Ketua Polis Daerah supaya segala peraturan dapat dijelaskan," katanya.
Sumber : BERNAMA