Shah Alam - Polis berjaya menahan tiga lelaki dari Geng 08 selepas mengejar kesemua suspek dan berbalas tembakan dengan mereka selama lebih sejam dari Subang Perdana, Sungai Buloh, pukul 2.30 pagi semalam.
Ketiga-tiga
suspek yang berusia 26 dan 27 tahun itu dengan dua daripada mereka
cedera terkena tembakan ditahan di Taman Sentosa, Klang selepas mereka
melarikan diri sejauh kira-kira 40 kilometer melalui Lebuh Raya Koridor
Guthrie masuk ke Seksyen 20, Shah Alam dan keluar ke Padang Jawa.

Sumber: Keratan Akhbar KOSMO