Tiga Pelajar Curi Motosikal Diberkas Polis
Ipoh - Seramai tiga pelajar sekolah diberkas kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal di sekitar bandar raya ini pada Selasa lalu.
Dua daripada remaja itu yang berusia 16 tahun dan seorang lagi 17 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Sri Kinta, Pasir Puteh di sini pada pukul 1 tengah hari.
Ketua
Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata,
ketiga-tiga pelajar sebuah sekolah menengah di Pasir Puteh itu
dipercayai baru berjinak-jinak dengan kegiatan mencuri motosikal di
sekitar bandar raya ini sejak beberapa bulan lalu.

Sumber: Keratan Akhbar KOSMO