Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Kedah Laksana Program Outreach Di Kampung

Published: 19 Jun 2014 2.32 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Alor Setar, 8 Mac - Polis Kedah akan mengadakan Program Outreach bersama penduduk kampung di negeri ini bagi memberi maklumat terperinci mengenai pelbagai jenayah yang berlaku di negeri ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kedah-laksana-program-outreach-di-kampung
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:24 MYT

Alor Setar, 8 Mac - Polis Kedah akan mengadakan Program Outreach bersama penduduk kampung di negeri ini bagi memberi maklumat terperinci mengenai pelbagai jenayah yang berlaku di negeri ini.

Ketua Polis negeri Datuk Ahmad Ibrahim berkata penerangan kepada penduduk kampung terutama di pedalaman perlu bagi memastikan mereka mendapat maklumat tepat mengenai pelbagai jenayah.

Katanya, perkongsian maklumat ini dapat menjadikan ibu bapa atau penduduk kampung sebagai masyarakat berilmu sekaligus dapat mengurangkan kadar jenayah berkaitan dadah, air ketum serta motosikal.

"Kalau kita lihat ada pelajar yang tercicir disebabkan faktor kemiskinan dan mereka boleh terjebak dalam kegiatan jenayah. Ibu bapa perlu memberi tumpuan kepada anak-anak mereka bagi menghalang daripada mereka terlibat dalam kegiatan jenayah.

"Penyalahgunaan air ketum di kampung amat serius sehingga minuman tersebut dihidangkan kepada pekerja yang melakukan kerja-kerja di rumah kenduri," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program Outreach di kampung Menerong, Pokok Sena dekat sini hari ini.

Ahmad berkata menerusi program tersebut pihaknya turut memperkenalkan ketua-ketua balai Polis setempat dan anggota Polis yang menjaga kawasan setempat.

Pada program tersebut seramai 600 anggota Polis dan penduduk kampung Menerong mengambil bahagian dengan melakukan gotong royong membersih masjid dan turut mengadakan pameran mengenai kesalahan jenayah. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 2.32 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM