Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Nelayan Guna Bom Ikan Ditahan

Diterbitkan: 19 Jun 2014 2.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kudat, 8 Mac - Lima lelaki ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah dalam Operasi Cantas Perairan di laut Pulau Guhuan, Banggi apabila menggunakan bahan letupan untuk menangkap ikan pagi ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/nelayan-guna-bom-ikan-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:45 MYT

Kudat, 8 Mac - Lima lelaki ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah dalam Operasi Cantas Perairan di laut Pulau Guhuan, Banggi apabila menggunakan bahan letupan untuk menangkap ikan pagi semalam.

Komander PPM Wilayah Empat, ACP Mohamad Madun berkata pihaknya turut merampas 30 kilogram ikan pelbagai jenis dan beberapa peralatan antaranya enjin pump, kompressor serta sebuah perahu yang disyaki digunakan bagi tujuan menangkap ikan menggunakan bom.

"Nilai kesemua barangan yang dirampas dianggarkan berjumlah RM5880 dan suspek yang ditahan bersama barangan yang dirampas dibawa pengkalan PPM Kudat untuk diserah kepada Jabatan Perikanan bagi tindakan lanjut," katanya lagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 26(1) (c) Akta Perikanan 1985 iaitu memiliki ikan disyaki ditangkap menggunakan bahan letupan.

Sumber : Pasukan Polis Marin Sabah

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 2.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM