Polis Jumpa Dadah Dalam Poket Seluar Penganggur
Polis Kedah semalam menggagalkan hasrat seorang pengganggur yang ingin mengaut keuntungan mudah dengan menjual dadah apabila dia ditahan di sebuah rumah di Jitra, semalam.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt. Abd Rahim Abdullah berkata, serbuan yang dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu itu diketuai oleh Insp. Buddy Arman itu telah menemui 29.50 gram dadah yang disyaki jenis heroin yang disorokkan dalam poket seluar yang dipakai suspek.
Kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan satu kesalahan turut direkodkan di bawah Seksyen 364 Kanun Keseksaan.
Sumber: Kosmo