Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Berjaya Musnahkan Bom Yang Ditemui Seorang Kanak Kanak

Diterbitkan: 25 May 2015 1.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang kanak-kanak lelaki terkejut apabila menemui sebutir bom seberat 100 kilogram ketika scdang menangkap ikan di dalam sebuah parit di Kampung Ladang Luas, Labok, Kelantan, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-berjaya-musnahkan-bom-yang-ditemui-seorang-kanak-kanak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:54 MYT

Seorang kanak-kanak lelaki terkejut apabila menemui sebutir bom seberat 100 kilogram ketika sedang menangkap ikan di dalam sebuah parit di Kampung Ladang Luas, Labok, Kelantan, kelmarin.

Bapa kepada kanak-kanak terbabit memaklumkan bahawa anaknya terkejut setelah menemui sebutir bom itu ketika sedang menangkap ikan di dalam sebuah parit di sekitar rumahnya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, DSP Loo Lian Lay berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan bom itu pada jam 10 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Sepasukan anggota polis dari Unit Pemusnah Bom (UPB) PDRM dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum pemeriksaan mendapati bom yang ditemui itu jenis Air Drop Shell dan ianya berjaya dimusnahkan pada jam 5.45 petang.

Sumber:Harian Metro
Polis Berjaya Musnahkan Bom Yang Ditemui Seorang Kanak Kanak

ArtikelDiterbitkan 25 May 2015 1.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM